Tuesday, October 6, 2009

INTRODUCTION

PENGENALAN

Debat merupakan salah satu elemen dalam proses melahirkan mahasiswa yang bermodal insan dan mempunyai kemahiran insani yang tinggi. Melihat akan potensi ini, Sekretariat Timbalan Naib Canselor/Timbalan Rektor IPTA Malaysia mewujudkan Majlis Debat Universiti-universiti Malaysia(MADUM) yang menjadi enjin utama menggerak dan menyuburkan seni debat di kalangan mahasiswa/i melalui pertandingan debat mahupun pidato di peringkat IPT Malaysia mahupun antarabangsa.
KEJAYAAN KELAB DEBAT

Kelab Debat USIM masih muda usianya, tetapi komitmen yang diberi bagi mengharumkan nama universiti tercinta ini di pentas perdana wajarlah di puji. Antara kejayaan yang telah dicapai ialah:

1-Johan Debat Bahasa Arab Piala Menteri Di Jabatan Perdana Menteri(2004)
2-Naib Johan Debat Kefahaman Islam Antara IPT (2004)
3-Keempat Debat Bahasa Arab Antara IPT ASEAN(2006)
4-Keempat Debat Kemerdekaan Antara IPT Malaysia(2006)
5-Naib Johan Debat Piala Diraja (kategori Bahasa Arab) Antara IPTA(2006)
6-Kelima Pidato Rakan Muda IPT Malaysia(2007)
7-Ketiga Pidato Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia(2007)
8-Johan Pidato Kemerdekaan IPT Sempena EKSTIVAL KUIS (2007)
9-Naib Johan Debat Kefahaman Islam Antara IPT(2007)
10-Pendebat Terbaik Liga di Debat Perdana Integriti Antara IPT (2008)

Dalam pengajuran, Kelab Debat telah diberi kepercayaan oleh pihak MADUM mahupun universiti untuk menganjurkan dan mengendalikan beberapa pertandingan iaitu:

· Pertandingan Debat Bahasa Arab Antara IPT ASEAN Kali Pertama(2006)
· Pertandingan Debat Bahasa Arab Antara IPT ASEAN Kali Kedua(2007)
· Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara IPT(2007)
· Pengurusan Teknikal dan Pertandingan Debat Piala DiRaja (Kategori Bahasa Arab)
di IKMAS(2006)
· Pengurusan Teknikal dan Pertandingan Debat Piala DiRaja (Kategori BahasaArab)
di UiTM (2007)
· Pengurusan Teknikal dan Pertandingan Debat Bahasa Arab Piala
Menteri di Jabatan Perdana Menteri di UDM(2008)
· Karnival Kelab Debat Interfakulti Piala Naib Canselor USIM.
. Kejohanan Debat PIALA NAIB CANSELOR 2008 & 2009
. Pertandingan Debat Bahasa Arab Antara Sekolah Menengah
Peringkat Kebangsaan 2008 & 2009
. Pertandingan Debat Bahasa Arab Antara IPT ASEAN Kali Ketiga (2008)
. Pertandingan Debat Kemerdekaan Ala Parlimen Antara Institusi Pengajian Tinggi Malaysia
2009.

No comments:

Post a Comment